Monday, October 6, 2008

raya 2008

Raya tahun nie begitu byk sekali dugaan yang aku hadapi sejak dari permulaan puasa lagi. Bermula dengan Tok Akey aku yang sakit dan kemudiannya meninggal setelah 2 mggu di hospital. Kemudian abah aku pula yang admit hospital sebab sesak nafas kemudian lepas 3 hari dia sudah boleh balik. Namun seminggu sebelum raya dia semakin penat dan agak kritikal dan aku terpaksa balik awal dari keja malam dan terus hantar dia ke hospital. Dengan keadaan bulan puasa yang penat serta dengan kerja malam, aku terpaksa melawan perasan letih dan dahaga semasa menunggu abah aku di hospital. Setelah seminggu lebih dia berada di hospital akhirnya 2-3 hari sebelum raya dia dibenarkan pulang. Namun aku dapat lihat yang keadaannya masih tak berapa ok kerna nampak begitu ketara keadaannya sebelum ini dan pada masa sekarang. Aku harap dia boleh pulih sebaiknya dan kali ini dia benar-benar berubah...Amin... Dalam bulan posa nie jugak rumah aku dibanjiri air-air kotor disebabkan saluran paip yang tersumbat..Mcm2 jadi bulan posa nie...Namun yang pasti aku takkan lupakan ialah tragedi semasa pulang dari kampung kelantan. Aku kemalangan di Baling semasa perjalanan pulang ke pulau pinang pada hari raya ke-3 jumaat 3/10/2008 jam 5 ptg.
Semasa melalui jalan yang lurus dan agak mendatar, disatu kg. dibaling aku tiba-tiba terlelap dan aku terbabas ke kiri jalan dan keta aku berpusing 180 deg sebelum terhumban ke dalam semak yang agak dalam. Alhamdulillah aku dan family aku selamat. Aku sukur byk2 sebab aku tahu Allah telah menyelamatkan kami kerna terbabas ke semak dan tidak ke laluan bertentangan dan jugak tidak melibat orang lain. Orang ramai terus berhenti dan memberi bantuan. Aku ucapkan terimah kasih bebanyak kepada semua yang menolong aku tempoh hari. Dalam keadaan yang agak gementar aku dpt stabil kan keadaan. Alhamdulillah sebab keta aku masih boleh jalan walau banyak yang rosak dan kemek...Terima kasih jugak kepada sahabat dibaling yang byk membantu aku menguruskan laporan kemalangan aku. Todak lupa jugak kepada biras aku...byk tolong aku selama ini... Hanya tuhan saja dpt membalasnya. Pagi itu sebenarnya sepatutnya kami pulang awal pagi seperti biasa namun atas sbb tertentu kami bertolak agak lewat iaitu pada tghr. Aku dah beritahu biras aku yang pati akan mengantuk bila drive pada waktu panas. Namun yang aku terasa sgt mengantuk ialah selepas makan di Grik...cukup mengantuk...Aku budget nak berhenti di stesen caltex kat baling iaitu tak sampai 100m dari tmpt kemalangan aku..ishh.ishh.. memang nak jadi kat aku...Namun apa2 pun pengalaman nie cukup bermakna pada aku dan orang-orang berkongsi pengalaman ini...bila rasa mengantuk terus immediately stop....thats is the best way... jgn tggu2 lagu nak stop....sbb kita akan terlelap walau pun mata terjaga....dan bila terjaga kita akan terkejut dan sbb itu kita akan gelabah sbb kita masih dlm dilema sama ada baru bgn tido atau tgh drive... so becareful ... when drive.... jgn melawak semasa drive....Aku harap keta aku yang aku hantar ke bengkel utk claim insuran akan siapa secepat mungkin kerna aku keta nie byk berjasa pada aku....walaupun dia sudah ditouch up namun aku akan cuba jaga dia sebaik mungkin. Tahun nie mmg tahun yang byk
menduga aku.... tapi aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah....kerna setiap perbuatan kita pasti di diadili......Aku berharap ditahun-tahun hadapan kejadian ini tak akan berulang lagi.... mudah-mudahan.... Amin

No comments: